12 November 2010

Gila kah?!

Are you crazy?! Am I crazy?! Who's crazy actually? Tell me! argh.. (ini adalah perkara yang sedang bermain difikiranku, tiap kali bangun dari tidor, sejak kebelakangan ini) hoho! ya². betul sekali tekaan anda memang saya tengah pressure. (tau² je korang meneka) hahaha. zzz..

Saya ada dateline untuk dikejar, dateline saya asyik lari sana-sini, susah betul nak kejar. kihkih. 2 minggu lagi saya mesti tangkap beliau untuk dijadikan sup! hehe. 2 minggu lagi aku akan kembali ke Miri! (WOHOOOO!!) then aku pulang ke Politeknik Mukah (whoo~). Semester 5 sedang menantiku. Mesti serius! Banyak subjek killer ni. (hari² aku  kena dengar lagu The Killers nampaknya).

Selain daripada itu, aku juga agak malas turun kerja. haha! mentang² dah nak habis praktikal, ye lah. alignment mood dah lari, nak kena kasi adjust sikit. asyik ponteng je kan, alahai.. tak ponteng pun sama jugak. haha! habis aku diburu lepas ni, oh noo!!

Lebih molek jika aku sambung buat report. Sikit lagi nak gila, eh I mean sikit lagi nak siap. haha. mana gitar aku?

Indiepretasi : A Tribute to P. Ramlee

Siapa yang tak tahu akan Arwah Tan Sri P. Ramlee? Legend tu! Mustahil tak pernah tengok cerita arahan beliau! Beliau sangat berkebolehan dalam melakonkan watak yang universal, contohnya, pelawak, penyanyi, watak serius, pemarah, sedih, ah, memang versatil lah! Kalau kat tv ada replay P. Ramlee's movies, memang adik² aku melekat depan tv, walaupun dah pernah tengok. Takkan jemu dengan lawak jenaka dan lakonan mantap Arwah P. Ramlee dan rakan²nya.




Actually ini projek XFM & Astro sempena 'Bulan P. Ramlee'. Tak percaya? Tengok sendiri sini. heheh. Bukan apa, yang buat aku excited sangat sebab yang terlibat dalam projek ni hampir semuanya band² dan artis indie yang aku minat. Tu pasal la nama projek ni Indiepretasi kot, dimana hasil² karya P. Ramlee diberi nafas baru Indie style. Buat masa ni, diorang ada digital copy je, and di main kat corong² radio. Kalau ada buat physical album, sure aku beli punya. Sapa lagi nak support local artist kalau bukan kita sendiri kan? Sumpah bagi aku projek ni memang interesting sangat. Sekali dengar, nak dengar berkali². Anda juga boleh dengar sendiri, ada yang upload di Youtube. Trimasss sangaat. Yang bawah ni antara favorite aku.











banyak lagi clips yang korang boleh tengok kalau korang klik sini.


18 (kalau tak silap aku la, hihi!) teraju utama terlibat dalam pembikinan projek yang mantap ni. Aku support lah, sebab aku memang kagum dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, dan kagum lagi dengan artis² yang berusaha untuk membuat tribute ni. Best sangat². Salute! ♥

Dengar² kan X-fresh FM, kalau takde radio, boleh dengar online what?


Al-Fatihah

05 November 2010

INSOMNIA!

Apa itu insomnia? Yang aku tahu insomnia merupakan satu penyakit di mana pesakit susah tidur malam. Tapi sebenarnya insomnia adalah penyakit sukar untuk tidur pada waktu malam. Eh? Betul la definisi aku tadi kan? haha! Kenapa aku buat post ni? sebab aku adalah salah seorang daripada mereka² yang susah sangat nak tidur malam. Aku tak tahu kenapa, maybe sebab dah terbiasa bersengkang mata kot? Student lah katakan. Stay up is a must, nak belajar kononnya, tapi hakikatnya leka main game. kuikui! 

Tanda² insomnia? Bila anda golek², baring² still tak dapat tidur, dan perkara ini berlaku hampir setiap malam, maka itulah tandanya. Kalau anda dah tidur, tapi asyik terbangun semula tanpa sebarang sebab yang munasabah, itu juga antara tanda² gejala insomnia.

Punca insomnia, menurut kajian aku, (pengalaman sebenar okay!) ia terjadi kerana terlalu banyak berfikir, nak tidur pun asyik fikir². Tapi aku tak tahu pun fikir pasal apa. Otak aku kuat berfikir pada malam hari. Bila siang, dia slow sikit. Kalau exam tengah malam, sure aku boleh jawab dengan senang hati! (Confident nya budak ni!)

Mungkin juga disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Terlalu stress, dan juga perasaan takut. hehe. Takut apa?? haaa..

How to cure? Jumpa doktor la, senang cerita! haha! Tapi kalau aku, aku amalkan minum susu + madu. Madu dikatakan boleh menenangkan perasaan. Then kalau tak dapat, bila dah baring, selalu kira². tak kiralah kira apa, sebab kira² boleh membuatkan aku mengantuk, kalau kelas math, memang aku dapat tidur dengan lena. haha! tapi, paling mujarab, berwuduklah anda sebelum tidur, ikut sunnah Nabi. Baca doa tidur, dan berselawat. InsyaAllah boleh tidur dengan lena. 

aku mengaku aku bersalah

Ya! aku mengaku! minta maaf blog ku kerana aku telah mengabaikan dirimu, ini karena aku terlalu busy dengan urusan kerajaan. haha! sahabat handai pun dah banyak bertanya. and aku pun dah rinduuuu nak ber-blogging. *ceh!*

Hari ini, 5 November 2010, merangkap hari Hari Deepavali, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali untuk semua penganut agama Hindu. Majoriti colleagues kat tempat praktikal aku beragama Hindu, best lah! Tapi kena kerja jugak. Harap² adalah yang sudi bawa manisan ke tempat kerja. Sedap oo.. Juadah yang paling famous of course lah maruku. Favourite aku adalah Laddu! Ada banyak lagi, tapi aku tak tahu pulak nama nya. Ampun. haha!


Maruku best! 


Inilah Laddu! sedap & manis sangat²!

Selain itu, diorang ada buat Ranggoli. Ala, yang buat corak guna beras warna-warni tu. Tak tahu jugak? Ni contoh nya,


yang bawah ni favorite one ! haha


RASTA!! hahahaha

Memandangkan Deepavali juga merupakan Pesta Cahaya, mestila diorang ada elemen lantern @ pelita api. Baik punya!



Nice ain't it? Sikit je ni. Nanti aku snap banyak². Ni pun Google punya daa. haha!

According to their culture, pelita ni diorang nyalakan pada Deepavali's Eve. Kalau Hari Raya Aidilfitri nyalakan pelita kan. Best, cantik pulak aku tengok.

Aku nak share semua ni dengan kawan² yang ada di Bumi Kenyalang. Sharing is caring kan kan kan! ;)