31 August 2010

Malam misteri yang dirindui

Assalamualaikum wbt.. 10 Ramadhan terakhir merupakan malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan tertentu, dan juga ditunggu oleh setiap orang mukmin. Ramadhan, Al-Quran dan Malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat, sebagaimana diterangkan didalam kitab Allah & Hadis Rasulullah SAW. 

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
.......................................................

Okay, kat sini kita boleh tengok yang 10 malam Ramadhan yang terakhir ni, boleh kira macam memang rahmat yang diturunkan oleh Allah yang Maha Esa. Kalau x mana boleh nak dibandingkan dengan 1000 bulan kan? Pada Malam Lailatul Qadr atau nama Melayunya, Malam Takdir, Allah akan mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Tengok, bertapa indahnya malam ini (macam penceramah dah bunyi aku ni haha). 

.....................................................

Ni tanda-tanda malam Lailatul Qadar, jika kita ni terpilih oleh Allah SWT, InsyaAllah kita boleh menemui malam yang hebat ini .

Tanda Malam Lailatulqadar


Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Jadi, lakukanlah segala amal kebaikan dan ibadah khususnya pada 10 malam Ramadhan yang terakhir dan semoga kita semua semua mendapat rahmat dari-Nya, Amin. ☺