31 August 2010

Naik Angin Tahap DINOSAUR! RAWR!

Anda pemarah? Adakah anda cepat melenting? Atau anda memang sentiasa menghadapi masalah moodswing 24 hours? 
Sila mengaku cepat! 
Sekiranya anda dah fed up dengan sifat pemarah anda, dan ingin belajar mengawal nafsu serakah amarah anda, aku ada tips. *ooh, macam salesperson berjaya!*

Sifat PEMARAH berasal daripada sifat EGO (sombong pun boleh dikira jugak). The more egoistic you are, the more angrier you can be. Ini semua kelemahan yang ada dalam setiap manusia. Aku pun sama, sebab tu lah aku tulis entry ni, siap dengan perasaan marah lagi. Baru ada feel! lol

Okay, firstly, sebelum kita 'tembak' target kita (the one we're angry at), cuba tarik nafas dalam² dan beristighfar. Then fikir, apa kesannya kalau kita 'kamehameha' manusia tersebut tanpa arah tujuan. Fikir dulu, berbaloi tak kita nak marah kat target tu, sebab kadang² kita ni marah kat A tapi B pulak yang kena tempias kan. The point is, kita cuba tenangkan diri. That's the key. Kalau tak, kira dari 1 sampai 10, 20 ke, 30 ke lantak la, asal korang rasa tenang sikit. Okay?

Secondly, kalau la korang tengah berdiri masa marah tu, sila² lah cari kerusi yang berdekatan, dan labuhkan punggung korang disitu, kalau xda kerusi, duduk je atas lantai. Janji duduk. Kalau memang dah duduk, bawak² la bersandar. InsyaAllah kemarahan akan reda.

Third, pergila berwuduk, kerana air itu merupakan penyejuk. Selain dapat pahala sunat, rasa panas yang membara tu pun akan sejuk. PERCAYALAH! Aku selalu guna taktik ni. hehe :)

Yang ke empat, kalau dah rasa nak pecah kepala akibat marah yang melampau, baik pergi tidur je. Biar relax sikit. Sebelum tidur imagine la yang best². Yang indah² macam Pulau Perhentian, kek lapis, mi kolok (ni kes lapar nih!) ataupun Sin Chan yang gatal itu. Berkemungkinan besar ke-angry-an korang akan dapat dikawal.

Terakhir, seelok²nya, korang share lah perasaan korang dengan sapa². Kawan, girlfriend, boyfriend, kakak angkat, abang angkat, yang terangkat atau sapa² yang sudi mendengar, atleast dapatlah ringankan sikit beban yang ditanggung, tercampak pulak kat bahu yang mendengarnya (perkara ini takkan berlaku sekiranya pendengar ikhlas membantu anda) ah ah ah!

Sebenarnya banyak lagi tips, tapi aku rasa atas ni pun dah cukup kot? kalau tak cukup boleh request ye. haha! Selamat mengawal kemarahan!


P/S : Cuba korang imagine muka korang time marah, kalau tak pun, masa tengah marah tu, korang pergi tengok cermin, mesti 'CUTE' sangat kan? HAHA!