30 August 2010

sudahkah anda MERDEKA ?

Diam tak diam sudah 53 tahun Malaysia menggapai kemerdekaan.
"Pada 31 Ogos 1957, seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!"




Okay okay, itu zaman 1957, baru memperolehi kemerdekaan, setelah sekian lama dijajah, baru nak menikmati kebebasan, tapi dibandingkan dengan zaman sekarang, aku pun tak tahu nak cakap. Setiap malam 31 Ogos, mesti ada celebration untuk meraikan hari yang bersejarah ini. Di sebalik keriuh-rendahan (aku tak reti sangat BM sorry!) dan kepadatan manusia yang berkumpul, ada juga yang sempat 'mengghairahkan diri' bersama pasangan masing-masing. Aku penah tengok depan mata aku sendiri, and seriously, AKU MALU WEI! Aku tau aku xda hak nak melarang, tapi inikah kemerdekaan yang di maksudkan? Orang dulu penat-penat halau orang putih, budak-budak sekarang bawak masuk balik trend-trend mat saleh, budaya barat & tah lah. Semenjak hari itu, aku pun tak nak lah berkumpul malam merdeka (termasuk event yang lain jugak), menyelit-nyelit dengan manusia, bergelumang sana sini, euw! Just nak renungkan bersama, tunggu 9 bulan nanti, mesti ada kes buang bayi, 'hasil merdeka's eve' lah tu. lol. kesian babies yang cute & comel tu kan. (Why aku rasa aku dah out of topic ni eh?)

Anyways,
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE ??
lu pikir lah sendiri :D