12 November 2010

Gila kah?!

Are you crazy?! Am I crazy?! Who's crazy actually? Tell me! argh.. (ini adalah perkara yang sedang bermain difikiranku, tiap kali bangun dari tidor, sejak kebelakangan ini) hoho! ya². betul sekali tekaan anda memang saya tengah pressure. (tau² je korang meneka) hahaha. zzz..

Saya ada dateline untuk dikejar, dateline saya asyik lari sana-sini, susah betul nak kejar. kihkih. 2 minggu lagi saya mesti tangkap beliau untuk dijadikan sup! hehe. 2 minggu lagi aku akan kembali ke Miri! (WOHOOOO!!) then aku pulang ke Politeknik Mukah (whoo~). Semester 5 sedang menantiku. Mesti serius! Banyak subjek killer ni. (hari² aku  kena dengar lagu The Killers nampaknya).

Selain daripada itu, aku juga agak malas turun kerja. haha! mentang² dah nak habis praktikal, ye lah. alignment mood dah lari, nak kena kasi adjust sikit. asyik ponteng je kan, alahai.. tak ponteng pun sama jugak. haha! habis aku diburu lepas ni, oh noo!!

Lebih molek jika aku sambung buat report. Sikit lagi nak gila, eh I mean sikit lagi nak siap. haha. mana gitar aku?

Indiepretasi : A Tribute to P. Ramlee

Siapa yang tak tahu akan Arwah Tan Sri P. Ramlee? Legend tu! Mustahil tak pernah tengok cerita arahan beliau! Beliau sangat berkebolehan dalam melakonkan watak yang universal, contohnya, pelawak, penyanyi, watak serius, pemarah, sedih, ah, memang versatil lah! Kalau kat tv ada replay P. Ramlee's movies, memang adik² aku melekat depan tv, walaupun dah pernah tengok. Takkan jemu dengan lawak jenaka dan lakonan mantap Arwah P. Ramlee dan rakan²nya.




Actually ini projek XFM & Astro sempena 'Bulan P. Ramlee'. Tak percaya? Tengok sendiri sini. heheh. Bukan apa, yang buat aku excited sangat sebab yang terlibat dalam projek ni hampir semuanya band² dan artis indie yang aku minat. Tu pasal la nama projek ni Indiepretasi kot, dimana hasil² karya P. Ramlee diberi nafas baru Indie style. Buat masa ni, diorang ada digital copy je, and di main kat corong² radio. Kalau ada buat physical album, sure aku beli punya. Sapa lagi nak support local artist kalau bukan kita sendiri kan? Sumpah bagi aku projek ni memang interesting sangat. Sekali dengar, nak dengar berkali². Anda juga boleh dengar sendiri, ada yang upload di Youtube. Trimasss sangaat. Yang bawah ni antara favorite aku.











banyak lagi clips yang korang boleh tengok kalau korang klik sini.


18 (kalau tak silap aku la, hihi!) teraju utama terlibat dalam pembikinan projek yang mantap ni. Aku support lah, sebab aku memang kagum dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, dan kagum lagi dengan artis² yang berusaha untuk membuat tribute ni. Best sangat². Salute! ♥

Dengar² kan X-fresh FM, kalau takde radio, boleh dengar online what?


Al-Fatihah

05 November 2010

INSOMNIA!

Apa itu insomnia? Yang aku tahu insomnia merupakan satu penyakit di mana pesakit susah tidur malam. Tapi sebenarnya insomnia adalah penyakit sukar untuk tidur pada waktu malam. Eh? Betul la definisi aku tadi kan? haha! Kenapa aku buat post ni? sebab aku adalah salah seorang daripada mereka² yang susah sangat nak tidur malam. Aku tak tahu kenapa, maybe sebab dah terbiasa bersengkang mata kot? Student lah katakan. Stay up is a must, nak belajar kononnya, tapi hakikatnya leka main game. kuikui! 

Tanda² insomnia? Bila anda golek², baring² still tak dapat tidur, dan perkara ini berlaku hampir setiap malam, maka itulah tandanya. Kalau anda dah tidur, tapi asyik terbangun semula tanpa sebarang sebab yang munasabah, itu juga antara tanda² gejala insomnia.

Punca insomnia, menurut kajian aku, (pengalaman sebenar okay!) ia terjadi kerana terlalu banyak berfikir, nak tidur pun asyik fikir². Tapi aku tak tahu pun fikir pasal apa. Otak aku kuat berfikir pada malam hari. Bila siang, dia slow sikit. Kalau exam tengah malam, sure aku boleh jawab dengan senang hati! (Confident nya budak ni!)

Mungkin juga disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Terlalu stress, dan juga perasaan takut. hehe. Takut apa?? haaa..

How to cure? Jumpa doktor la, senang cerita! haha! Tapi kalau aku, aku amalkan minum susu + madu. Madu dikatakan boleh menenangkan perasaan. Then kalau tak dapat, bila dah baring, selalu kira². tak kiralah kira apa, sebab kira² boleh membuatkan aku mengantuk, kalau kelas math, memang aku dapat tidur dengan lena. haha! tapi, paling mujarab, berwuduklah anda sebelum tidur, ikut sunnah Nabi. Baca doa tidur, dan berselawat. InsyaAllah boleh tidur dengan lena. 

aku mengaku aku bersalah

Ya! aku mengaku! minta maaf blog ku kerana aku telah mengabaikan dirimu, ini karena aku terlalu busy dengan urusan kerajaan. haha! sahabat handai pun dah banyak bertanya. and aku pun dah rinduuuu nak ber-blogging. *ceh!*

Hari ini, 5 November 2010, merangkap hari Hari Deepavali, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali untuk semua penganut agama Hindu. Majoriti colleagues kat tempat praktikal aku beragama Hindu, best lah! Tapi kena kerja jugak. Harap² adalah yang sudi bawa manisan ke tempat kerja. Sedap oo.. Juadah yang paling famous of course lah maruku. Favourite aku adalah Laddu! Ada banyak lagi, tapi aku tak tahu pulak nama nya. Ampun. haha!


Maruku best! 


Inilah Laddu! sedap & manis sangat²!

Selain itu, diorang ada buat Ranggoli. Ala, yang buat corak guna beras warna-warni tu. Tak tahu jugak? Ni contoh nya,


yang bawah ni favorite one ! haha


RASTA!! hahahaha

Memandangkan Deepavali juga merupakan Pesta Cahaya, mestila diorang ada elemen lantern @ pelita api. Baik punya!



Nice ain't it? Sikit je ni. Nanti aku snap banyak². Ni pun Google punya daa. haha!

According to their culture, pelita ni diorang nyalakan pada Deepavali's Eve. Kalau Hari Raya Aidilfitri nyalakan pelita kan. Best, cantik pulak aku tengok.

Aku nak share semua ni dengan kawan² yang ada di Bumi Kenyalang. Sharing is caring kan kan kan! ;)


09 October 2010

Deeper Conversation By Yuna






Is your favourite colour blue? 
And do you always tell the truth? 

Do you believe in outer space? 

I'm learning you 

Is your skin as tan as mine? 
Does your hair flow side ways? 
Did someone take a portion of your heart? 
Now I'm learning you 

And if you don't mind can you tell me all your hopes & fears 
And everything that you believe in 
Would you make a difference in the world 
I'd love for you to take me to a deeper conversation 
Only you can make me.... 

I've let my guard down for you 
And in time you will too 

And if you don't mind can you tell me all your hopes & fears 
And everything that you believe in 
Would you make a difference in the world 
I'd love for you to take me to a deeper conversation 
Only you can make me.... 

And if you don't mind can you tell me all your hopes & fears 
And everything that you believe in 
Would you make a difference in the world 
I'd love for you to take me to a deeper conversation 
Only you can make me.... 

Deeper conversation with me
Deeper conversation with me

Deeper conversation with me

Deeper conversation.... 



Does your name rhyme with mine?

06 October 2010

the journey and travelling tips

Aku rasa bersalah sebab agak lama tak merapu. Even Facebook pun tak sempat nak bukak. And sekarang aku sedang membebel di Politeknik Mukah. Seronok rasanya dapat berjumpa, and lepak ngan kawan². Badan ini terlalu penat untuk menghadap laptop, tapi digagahkan juga sebab sekarang tengah lonely. haha! Kawan baik aku yang sudi menumpangkan aku tidur di biliknya sedang di interviu. Nanti sambung lepak sampai pengsan! hahaha!

Sekembalinya aku di Poli, memang kejutan buat semua. Bila ternampak aku, mesti toleh lagi, dan lagi dan lagi. Adakah aku seperti hantu? Makin cantik, cute dan gorgeous? Oh malangnya, memang tidak benar sama sekali. haha! Rilek, anda tidak bermimpi, semalam aku di Ipoh, hari ini di Mukah, bukan magik, tapi itulah indahnya penciptaan kapal terbang. haha!

As a reminder for myself, bila travel, jangan bawa unnecessary stuffs, or should I say JUNK? hahah! sebab utama kenapa jangan lakukan perkara itu kerana extra baggages memang mahal. Lagi pun, penat nak sorong and sandang beg kesana kemari. And thanks to extra luggage, aku mengalami backache and pinggang-ache. haha!

Okay, next tip is make sure travelling documents and everything dah sort out, and complete. Jangan nanti dah dekat airport, tengok² Id Cards missing. Camana? haha! Ingat! (Gosh, I sounded like my dad!)

IMPORTANT - bawalah sebotol air mineral. memadai lah kan. just to keep you hydrated. If in Malaysia, yang climate nya agak hot² and no cold ni, memang perlu air. haha! aku boleh migrain kalau tak cukup air. Essential also untuk mengelakkan bibir kering, dan banak lagi benefits nya. hahaha.

Okay, menurut aku, menunggu sememangnya menyakitkan hati. Nasib aku ada earfon & handphone boleh main MP3. haha! tak lah canggih mana tapi boleh la guna untuk hilangkan rasa tense, and mengelakkan diri dari diganggu. (sumbat earfon & bukak volume kuat²) haha! selain itu, aku juga ada bawak kipas cina. panas katakan. :P

Apa lagi ya? Sebenarnya aku dah sampai kat Ipoh, tak sempat publish post ni masa di Mukah. Busy, online pun tak sempat. haha! hampa aku. Kalau nak aku membebel lagi boleh saja! Tapi aku kena kerja esok. Esok aku sambung merapu lagi. HAHA! ♥

20 September 2010

Getar Hati (OST Lagenda Budak Setan) by Gio





Saat pertama aku mengenal dirimu
Bergetar jiwa ragaku kau mempersonaku
Tanpamu ku lemah
Kau berikan kucahaya
Terangi gelap hidupku
Ku luluh padamu


Dengar hatiku
Kanku bisikkan cintaku (Cintaku)
Lihat jiwaku
Kan kau dapatkan setiaku
Ingat diriku kau kan rasakan rinduku
Untuk dirimu kan ku berikan hidupku


19 September 2010

saat² genting seorang pelajar yang sedang praktikal

Seperti tajuk di atas, aku memang sedang menghadapi saat² genting. Aku sekarang agak busy dengan report harian, dan juga report akhir. Bosan betul rasanya. Tapi aku terpaksa berusaha gigih, sebab aku akan berjumpa dengan mentor aku, and yes, beliau nak tengok progress and reports aku. Sejujurnya, aku punya buku log memang suci, tidak mempunyai sebarang cacat cela, malah tersimpan rapi lagi. Di sini kita boleh lihat betapa pemalasnya Zuleikha ini kan. haha! tapi takpe aunty² sekalian, bab ni je saya malas, kalau takat handle house chores tu, perkara kecik je. HAHA!

Baiklah. Aku perlukan tumpuan sepenuhnya untuk completekan report sebelum hujung minggu depan. Perlu usaha gigih ni, tapi aku masih malas. Jadi aku nak bagi 1 tip (aku malas nak fikir banyak²) macam mana nak tingkatkan sifat 'enthusiasm' atau inspirasi untuk diri sendiri. Kalau nak follow, silakan, kalau tak ingin, boleh shutdown pc anda. haha!

Kalau aku lah, aku akan kenang parents aku, yang sanggup bersusah payah bagi aku sekolah and support aku dari semua aspek. Hari² tengok Papa aku pergi kerja, kadang² malam baru balik, memandangkan beliau sahaja yang bekerja, jadi memang banyak lah tanggungan beliau. Terima kasih sangat². Mama pun bersusah payah hantar aku ke tempat kerja, sediakan makan, selalu berleter (ingat senang ke berleter??) kalau takde leteran, memang aku tak ada jati diri sekarang, sebab mama sangat mementingkan adat. Jadi aku boleh dikatakan sebagai perempuan melayu terkahir la kira nya, ingatkan nak join "Gadis Melayu" kat TV9 tu, tapi mak aku kata " kau tu kukur kelapa pun x reti, eh, kau tau tak apa kukur kelapa??" haha. hina sungguh diriku ini. Konklusi nya, HARGAILAH IBUBAPA ANDA selagi mereka masih ada. Ingat, nyawa kita ni bila² je boleh ditarik, okay?

Aku nak makan. Wassalam.

P/S : Aku membebel sambil mengalirkan airmata. Omaigosh.

15 September 2010

bertugas pada hari raya

Baiklah, hari ini hari raya ke-6, and aku baru sibuk nak ber-blog. haha! belum terlambat kot nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kat korang kan? (buat innocent face) Kenapa title aku skema sangat eh? haha! aku emosi sikit sebab terpaksa pergi kerja sedangkan aku masih terasa Laksa Sarawak dan kek lapis kat lidah aku ni, aku still nak cuti, and dok umah sambil menonton rancangan raya yang disiarkan di tv. haha! Tapi apa boleh buat, aku ni student, and praktikal untuk menuntut ilmu, jadi untuk menjaga maruah diri dan institusi (wah!) aku sanggup menggadai nyawa percutian aku (WAH lagi sekali!) 

Seriously raya tahun ni memang meriah, tak dapat di nafikan, mama aku pun happy sebab beraya dengan Opah, and cousins, and sedara, and anak buah, cucu buah dan ramai² lagi, kalau kat Miri dulu, mama lonely je, aku yang syok jalan weng sana sini bersama rakan², wahaha! Namun begitu, aku rasa bosan sikit, okay, aku tak nak menipu, bosan banyak. haha! teruk nya aku, tapi aku jujur ni. haha. Tapi takpe lah. Aku menerimanya dengan hati yang tabah. hahahahaha. Part paling best di mana semua sanak saudara berkumpul kat rumah aku (sebenarnya bapak aku yang punya) sampai tak dapat nak duduk sebab fullhouse. Aku pun confuse dah, jadi, aku bersemadi kat dapur je. Lebih selamat. aku rasa tu baru separuh kot, family sebelah mak aku memang besar. Nanti aku buat research. hahaha!

Ah! Apa kejadah aku dok membebel pasal ni? Tak seronok langsung kan? haha! Aku nak pegi makan dulu lah. Sila bertemu lagi nanti. Maaf Zahir Batin ♥

14 September 2010

Tolong Ingatkan Aku By Ana Raffali




Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


09 September 2010

KICK RAYA!



Assalamualaikum wbt. Hai, Hello!! haha. Aku tengah buat biskut raya ni, sempat lagi berblogging, haha! ♥ sedang menunggu kek lapis & chocolate cookies aku siap, aku ingin mengenang kembali bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini.

Sebak jugak rasanya bila terpaksa mengatakan bye² kepada Ramadhan 1431H ini. Yela, mana tahu kot² ini Ramadhan yang terakhir untuk aku kan? Nyawa kita ni bila² masa je Malaikat Maut boleh tarik, tinggal tunggu arahan je. Dapatkah lagi aku bertarawikh tahun depan? Melakukan ibadah pada bulan puasa memang sangat paling untung, sebab pahalanya dilipatkaligandakan. WOW! hahah. Ini adalah kenyataan ye murid². (bajet nak jadi cikgu)

Tak berpuas hati dengan diri sendiri kerana aku sendiri tahu, yang aku agak kurang tidak berkesempatan untuk  menghadiri solat tarawikh, eh, aku sempat pergi, tapi 1 malam je iaitu pada malam Jumaat yang terakhir untuk Ramadhan. Agak kecewa dan terkilan sebab asyik² guna alasan penat bekerja, tak larat nak ke surau & lain². Sedih & teruknya diriki ini! SOBSOB Aku akan berusaha lagi untuk meningkatkan mutu ibadah aku, InsyaAllah.

Mata aku dah kelat² tapi terpaksa tunggu kuih ni, jadi aku akan sambung membebel lagi dengan sedaya upaya. haha! 

Esok (Jumaat 10Sept10) merupakan Hari Raya Aidilfitri 1431H. Sangat bosan sebab beraya kat Ipoh tahun ni, tak tau la kenapa. (AKU RASA BOSAN SEBAB TAK ADA GENG! ambik kau, caps lock main! haha!) Baju raya pun main tunjuk² and testing je. Kalau suka, ngam ngan badan, aku sapu terus. Tak sempat nak tempah baju. Argh! Segala²nya tak sempat! Sedangkan Allah bagi 24 jam, tapi aku tak gunakan dengan sebaiknya. =.='' Aku start cuti hari ni + 5 hari berikutnya. Xkisah lah, bukan aku beraya sangat pun, dah rindu dengan bulan puasa, rasa tak nak lepas je.

Uwaaa! Berapa round lagi tinggal nii?? Mata aku dah wujud medan magnet ni. Mesti sahur dulu sebelum masuk charging badan ni! haha. Sumpah aku boleh drooling atas laptop aku, penat sangat ni! Nanti aku membising lagi! 




Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! Have a great Raya, and enjoy your holiday! :P


05 September 2010

MIRI ♥

In 2001, my whole family transferred from Ipoh to Sibu. My first year in Sarawak, memang blurry, sebab tak faham bahasa Sarawak, and I was like 'what the heck are you talking about?' But then, aku belajar la communicating with the local language. It's not that hard, basically the sentences arrangement are the same, just certain words are different. I learnt it fast, in one year aku dah fasih berbahasa Sarawak (stedey kannnn) haha!

Then we all get transferred again to Miri Sarawak the next year. Masa tu aku darjah 6. Cute lagi masa tu. haha! My schoolmates called me 'Bulat'. Muka aku bulat kot. Takpe, aku terima dengan sabar. haha! Then aku continue kat SMK Agama Miri, but not for long, nearly to the end of my Form 2, aku pindah ke SMK Merbau till Form 5, then aku continue Form 6, tapi tak habis sebab aku ke Politeknik Mukah. 

Okay, apa tujuan aku bising² pasal zaman dolu² ni? Actually, aku RINDU gilak² kat Miri!! Miri memang relax, dekat ngan pantai, tak sibuk and memang best lah! Maybe sebab kawan² aku majority kat Miri, and aku rasa boring sangat kat Ipoh ni. Takdak geng nak ajak p tengok wayang, jalan² dan sebagainya. sob sob :'(

Masa kat Miri, aku bela kucing, atau kucing². atau so many kucing. AH! tangok sendirilah!!


Okay, just sebahagian dari kucing² or pusak²(in bahasa Sarawak) aku. ada yang hilang, cabut lari, dilenyek kereta (WTH?!) dan di kidnap orang, or should I say 'Catnapped'? lol

Bukan setakat sini sahaja, nanti aku bising lagi, sangat merindui Miri ♥ 
Thank you.

Sabar, okay?

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: “Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153) dan “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).

Kita selalu sebut perkataan ni, tapi, tahukah kita maksud sebenarnya? Sabar dari sudut bahasa bermaksud menahan. Ada pun dari sudut istilah, ia bermaksud kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk apabila munculnya sesuatu.

Kesabaran ada beberapa jenis, first, sabar untuk melakukan ketaatan, contohnya, sabar untuk melakukan perintah agama seperti beribadah, mendirikan solat, berbuat baik kepada ibubapa, menuntut ilmu & lain². Kesabaran juga perlu ada dalam menjauhi larangan Allah seperti melakukan maksiat, mempercayai perkara yang khurafat, menipu, mencuri & sebagainya. 

Yang kedua, sabar dari sudut suka & duka. Sabar dalam menerima sesuatu yang disukai, seperti kejayaan dalam kerjaya, pelajaran, atau kelebihan rezeki akan membuat kita rasa bersyukur. Sabar dalam menerima dugaan Allah SWT seperti kematian orang yang disayangi, penyakit, hilang harta benda atau sebagainya akan membuat kita berasa lebih tabah. Part ini memang susah, tapi berdoalah dan redha dengan ketentuan Tuhan.

Namun apabila seseorang itu berdiam diri jika agama, manusia, dan dirinya dizalimi, itu tidak dikira sebagai sabar, tapi dayus! Jadi kalau korang selalu dibuli, jangan diam² tau. ☺

Semoga kita semua menjadi orang yang sabar dalam semua hal, termasuk aku, sebab aku ni seorang yang agak cepat 'panas'. haha! InsyaAllah aku akan usaha jadi lebih penyabar. 

02 September 2010

Decorate

I just love Yuna's new single which is quite short, yet meaningful. Her voice is so calm, and I'm relaxed just by listening to this song.

Video klip 'Decorate' ni memang simple, and cool too.
Just watch it yourself here.

..................................................

So you decided to see me out of the blue,
Should I let you come over?
I think you're doing fine
That girl in your arm, does she know where you come from
Almost made me move out of town
You don't want me to be around
But I stayed anyway, just in case

Finding reasons to hate you more than before
Like how you said you would call
But never at all
Got rid of your number that I know by heart
You left your things at my place
As if I have all the space
Cause you know I don't mind
Just come back when you think it's time

I all black and white inside
Monotonous from left to right
I decorate my house with things you love
Just in case you show up
In case you show up


01 September 2010

S.E.P.T.E.M.B.E.R

Woah! It's September already! 
OMG!! (ngegeh kit bunyi ya okay).

My LOVELY friends in Politeknik Mukah are having LOADs of FUN, take IMA for example, she's quite happy with baking and baking AND baking all day long! hahaha. (Post kek lapis baik punya pakei aku kat ctok pelis!) ☺

The first thing that passed my mind when I see the word September is Greenday's hit - Wake Me Up When September Ends. I just love Greenday. hee.
So then, I thought, is there any other songs using September as it's title? or movie perhaps?

One of Malaysian film director, who is also the main character for the film, Pierre Andre produces a movie with the title '9 September'. I've watched this film before, but sadly, I can't recall what's the story is all about. Boo me!

HAHA! I don't know what else, I've googled and it turns out that there's an artist and lots of song title named September. But I'm quite lazy to talk bout it here. :P

Some of my friends are also celebrating their 
'ONE YEAR OLDER DAY' 
this month. So, Happy Birthday in advance for you guys.

And Happy September to all of you people. Yeah, YOU!


31 August 2010

Naik Angin Tahap DINOSAUR! RAWR!

Anda pemarah? Adakah anda cepat melenting? Atau anda memang sentiasa menghadapi masalah moodswing 24 hours? 
Sila mengaku cepat! 
Sekiranya anda dah fed up dengan sifat pemarah anda, dan ingin belajar mengawal nafsu serakah amarah anda, aku ada tips. *ooh, macam salesperson berjaya!*

Sifat PEMARAH berasal daripada sifat EGO (sombong pun boleh dikira jugak). The more egoistic you are, the more angrier you can be. Ini semua kelemahan yang ada dalam setiap manusia. Aku pun sama, sebab tu lah aku tulis entry ni, siap dengan perasaan marah lagi. Baru ada feel! lol

Okay, firstly, sebelum kita 'tembak' target kita (the one we're angry at), cuba tarik nafas dalam² dan beristighfar. Then fikir, apa kesannya kalau kita 'kamehameha' manusia tersebut tanpa arah tujuan. Fikir dulu, berbaloi tak kita nak marah kat target tu, sebab kadang² kita ni marah kat A tapi B pulak yang kena tempias kan. The point is, kita cuba tenangkan diri. That's the key. Kalau tak, kira dari 1 sampai 10, 20 ke, 30 ke lantak la, asal korang rasa tenang sikit. Okay?

Secondly, kalau la korang tengah berdiri masa marah tu, sila² lah cari kerusi yang berdekatan, dan labuhkan punggung korang disitu, kalau xda kerusi, duduk je atas lantai. Janji duduk. Kalau memang dah duduk, bawak² la bersandar. InsyaAllah kemarahan akan reda.

Third, pergila berwuduk, kerana air itu merupakan penyejuk. Selain dapat pahala sunat, rasa panas yang membara tu pun akan sejuk. PERCAYALAH! Aku selalu guna taktik ni. hehe :)

Yang ke empat, kalau dah rasa nak pecah kepala akibat marah yang melampau, baik pergi tidur je. Biar relax sikit. Sebelum tidur imagine la yang best². Yang indah² macam Pulau Perhentian, kek lapis, mi kolok (ni kes lapar nih!) ataupun Sin Chan yang gatal itu. Berkemungkinan besar ke-angry-an korang akan dapat dikawal.

Terakhir, seelok²nya, korang share lah perasaan korang dengan sapa². Kawan, girlfriend, boyfriend, kakak angkat, abang angkat, yang terangkat atau sapa² yang sudi mendengar, atleast dapatlah ringankan sikit beban yang ditanggung, tercampak pulak kat bahu yang mendengarnya (perkara ini takkan berlaku sekiranya pendengar ikhlas membantu anda) ah ah ah!

Sebenarnya banyak lagi tips, tapi aku rasa atas ni pun dah cukup kot? kalau tak cukup boleh request ye. haha! Selamat mengawal kemarahan!


P/S : Cuba korang imagine muka korang time marah, kalau tak pun, masa tengah marah tu, korang pergi tengok cermin, mesti 'CUTE' sangat kan? HAHA!

Malam misteri yang dirindui

Assalamualaikum wbt.. 10 Ramadhan terakhir merupakan malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan tertentu, dan juga ditunggu oleh setiap orang mukmin. Ramadhan, Al-Quran dan Malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat, sebagaimana diterangkan didalam kitab Allah & Hadis Rasulullah SAW. 

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
.......................................................

Okay, kat sini kita boleh tengok yang 10 malam Ramadhan yang terakhir ni, boleh kira macam memang rahmat yang diturunkan oleh Allah yang Maha Esa. Kalau x mana boleh nak dibandingkan dengan 1000 bulan kan? Pada Malam Lailatul Qadr atau nama Melayunya, Malam Takdir, Allah akan mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Tengok, bertapa indahnya malam ini (macam penceramah dah bunyi aku ni haha). 

.....................................................

Ni tanda-tanda malam Lailatul Qadar, jika kita ni terpilih oleh Allah SWT, InsyaAllah kita boleh menemui malam yang hebat ini .

Tanda Malam Lailatulqadar


Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Jadi, lakukanlah segala amal kebaikan dan ibadah khususnya pada 10 malam Ramadhan yang terakhir dan semoga kita semua semua mendapat rahmat dari-Nya, Amin. ☺


30 August 2010

sudahkah anda MERDEKA ?

Diam tak diam sudah 53 tahun Malaysia menggapai kemerdekaan.
"Pada 31 Ogos 1957, seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!"




Okay okay, itu zaman 1957, baru memperolehi kemerdekaan, setelah sekian lama dijajah, baru nak menikmati kebebasan, tapi dibandingkan dengan zaman sekarang, aku pun tak tahu nak cakap. Setiap malam 31 Ogos, mesti ada celebration untuk meraikan hari yang bersejarah ini. Di sebalik keriuh-rendahan (aku tak reti sangat BM sorry!) dan kepadatan manusia yang berkumpul, ada juga yang sempat 'mengghairahkan diri' bersama pasangan masing-masing. Aku penah tengok depan mata aku sendiri, and seriously, AKU MALU WEI! Aku tau aku xda hak nak melarang, tapi inikah kemerdekaan yang di maksudkan? Orang dulu penat-penat halau orang putih, budak-budak sekarang bawak masuk balik trend-trend mat saleh, budaya barat & tah lah. Semenjak hari itu, aku pun tak nak lah berkumpul malam merdeka (termasuk event yang lain jugak), menyelit-nyelit dengan manusia, bergelumang sana sini, euw! Just nak renungkan bersama, tunggu 9 bulan nanti, mesti ada kes buang bayi, 'hasil merdeka's eve' lah tu. lol. kesian babies yang cute & comel tu kan. (Why aku rasa aku dah out of topic ni eh?)

Anyways,
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE ??
lu pikir lah sendiri :D

WHAT THE ??

Oh, Hello! My name is Minakumari Zuleikha. Nama kamek Zuleikha. :) So, this is my blog! (duhhh..) OKAY stop being LAME! lol-

OBVIOUSLY, I'm a Sarawakian, & I'm PROUD to be one!
(Patriotik la konon, esok MERDEKA)

................................................................................................

Okay enough. Terlahirnya blog ini (sapa bapak kau?) adalah kerana sifat ingin tahu dan perasaan ingin berjaya disamping menconteng-conteng serta ingin menambah ilmu. wah! berdedikasi sungguh budak ni kan? (anak sapa la ni) Aku register blog ni pada 30 Ogos 2010 (blog ini adalah blog kedua aku, blog pertama aku dah buang dalam parit jiran aku) atas desakan dorongan seorang rakan. Trimas saya ucapkan. Kalau tidak ada idea dari anda, malas mahu mencarut coret dalam laman *tut* ini. bla3 kalau aku berkata-kata, memang tidak akan wujud fullstop, melainkan aku tidur (itu dikira koma okay). Jadi, sekian, nanti aku bising-bising lagi.

P/S : poyo sungguh. haha!