15 September 2010

bertugas pada hari raya

Baiklah, hari ini hari raya ke-6, and aku baru sibuk nak ber-blog. haha! belum terlambat kot nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kat korang kan? (buat innocent face) Kenapa title aku skema sangat eh? haha! aku emosi sikit sebab terpaksa pergi kerja sedangkan aku masih terasa Laksa Sarawak dan kek lapis kat lidah aku ni, aku still nak cuti, and dok umah sambil menonton rancangan raya yang disiarkan di tv. haha! Tapi apa boleh buat, aku ni student, and praktikal untuk menuntut ilmu, jadi untuk menjaga maruah diri dan institusi (wah!) aku sanggup menggadai nyawa percutian aku (WAH lagi sekali!) 

Seriously raya tahun ni memang meriah, tak dapat di nafikan, mama aku pun happy sebab beraya dengan Opah, and cousins, and sedara, and anak buah, cucu buah dan ramai² lagi, kalau kat Miri dulu, mama lonely je, aku yang syok jalan weng sana sini bersama rakan², wahaha! Namun begitu, aku rasa bosan sikit, okay, aku tak nak menipu, bosan banyak. haha! teruk nya aku, tapi aku jujur ni. haha. Tapi takpe lah. Aku menerimanya dengan hati yang tabah. hahahahaha. Part paling best di mana semua sanak saudara berkumpul kat rumah aku (sebenarnya bapak aku yang punya) sampai tak dapat nak duduk sebab fullhouse. Aku pun confuse dah, jadi, aku bersemadi kat dapur je. Lebih selamat. aku rasa tu baru separuh kot, family sebelah mak aku memang besar. Nanti aku buat research. hahaha!

Ah! Apa kejadah aku dok membebel pasal ni? Tak seronok langsung kan? haha! Aku nak pegi makan dulu lah. Sila bertemu lagi nanti. Maaf Zahir Batin ♥