09 September 2010

KICK RAYA!



Assalamualaikum wbt. Hai, Hello!! haha. Aku tengah buat biskut raya ni, sempat lagi berblogging, haha! ♥ sedang menunggu kek lapis & chocolate cookies aku siap, aku ingin mengenang kembali bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini.

Sebak jugak rasanya bila terpaksa mengatakan bye² kepada Ramadhan 1431H ini. Yela, mana tahu kot² ini Ramadhan yang terakhir untuk aku kan? Nyawa kita ni bila² masa je Malaikat Maut boleh tarik, tinggal tunggu arahan je. Dapatkah lagi aku bertarawikh tahun depan? Melakukan ibadah pada bulan puasa memang sangat paling untung, sebab pahalanya dilipatkaligandakan. WOW! hahah. Ini adalah kenyataan ye murid². (bajet nak jadi cikgu)

Tak berpuas hati dengan diri sendiri kerana aku sendiri tahu, yang aku agak kurang tidak berkesempatan untuk  menghadiri solat tarawikh, eh, aku sempat pergi, tapi 1 malam je iaitu pada malam Jumaat yang terakhir untuk Ramadhan. Agak kecewa dan terkilan sebab asyik² guna alasan penat bekerja, tak larat nak ke surau & lain². Sedih & teruknya diriki ini! SOBSOB Aku akan berusaha lagi untuk meningkatkan mutu ibadah aku, InsyaAllah.

Mata aku dah kelat² tapi terpaksa tunggu kuih ni, jadi aku akan sambung membebel lagi dengan sedaya upaya. haha! 

Esok (Jumaat 10Sept10) merupakan Hari Raya Aidilfitri 1431H. Sangat bosan sebab beraya kat Ipoh tahun ni, tak tau la kenapa. (AKU RASA BOSAN SEBAB TAK ADA GENG! ambik kau, caps lock main! haha!) Baju raya pun main tunjuk² and testing je. Kalau suka, ngam ngan badan, aku sapu terus. Tak sempat nak tempah baju. Argh! Segala²nya tak sempat! Sedangkan Allah bagi 24 jam, tapi aku tak gunakan dengan sebaiknya. =.='' Aku start cuti hari ni + 5 hari berikutnya. Xkisah lah, bukan aku beraya sangat pun, dah rindu dengan bulan puasa, rasa tak nak lepas je.

Uwaaa! Berapa round lagi tinggal nii?? Mata aku dah wujud medan magnet ni. Mesti sahur dulu sebelum masuk charging badan ni! haha. Sumpah aku boleh drooling atas laptop aku, penat sangat ni! Nanti aku membising lagi! 




Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! Have a great Raya, and enjoy your holiday! :P