19 September 2010

saat² genting seorang pelajar yang sedang praktikal

Seperti tajuk di atas, aku memang sedang menghadapi saat² genting. Aku sekarang agak busy dengan report harian, dan juga report akhir. Bosan betul rasanya. Tapi aku terpaksa berusaha gigih, sebab aku akan berjumpa dengan mentor aku, and yes, beliau nak tengok progress and reports aku. Sejujurnya, aku punya buku log memang suci, tidak mempunyai sebarang cacat cela, malah tersimpan rapi lagi. Di sini kita boleh lihat betapa pemalasnya Zuleikha ini kan. haha! tapi takpe aunty² sekalian, bab ni je saya malas, kalau takat handle house chores tu, perkara kecik je. HAHA!

Baiklah. Aku perlukan tumpuan sepenuhnya untuk completekan report sebelum hujung minggu depan. Perlu usaha gigih ni, tapi aku masih malas. Jadi aku nak bagi 1 tip (aku malas nak fikir banyak²) macam mana nak tingkatkan sifat 'enthusiasm' atau inspirasi untuk diri sendiri. Kalau nak follow, silakan, kalau tak ingin, boleh shutdown pc anda. haha!

Kalau aku lah, aku akan kenang parents aku, yang sanggup bersusah payah bagi aku sekolah and support aku dari semua aspek. Hari² tengok Papa aku pergi kerja, kadang² malam baru balik, memandangkan beliau sahaja yang bekerja, jadi memang banyak lah tanggungan beliau. Terima kasih sangat². Mama pun bersusah payah hantar aku ke tempat kerja, sediakan makan, selalu berleter (ingat senang ke berleter??) kalau takde leteran, memang aku tak ada jati diri sekarang, sebab mama sangat mementingkan adat. Jadi aku boleh dikatakan sebagai perempuan melayu terkahir la kira nya, ingatkan nak join "Gadis Melayu" kat TV9 tu, tapi mak aku kata " kau tu kukur kelapa pun x reti, eh, kau tau tak apa kukur kelapa??" haha. hina sungguh diriku ini. Konklusi nya, HARGAILAH IBUBAPA ANDA selagi mereka masih ada. Ingat, nyawa kita ni bila² je boleh ditarik, okay?

Aku nak makan. Wassalam.

P/S : Aku membebel sambil mengalirkan airmata. Omaigosh.