05 November 2010

INSOMNIA!

Apa itu insomnia? Yang aku tahu insomnia merupakan satu penyakit di mana pesakit susah tidur malam. Tapi sebenarnya insomnia adalah penyakit sukar untuk tidur pada waktu malam. Eh? Betul la definisi aku tadi kan? haha! Kenapa aku buat post ni? sebab aku adalah salah seorang daripada mereka² yang susah sangat nak tidur malam. Aku tak tahu kenapa, maybe sebab dah terbiasa bersengkang mata kot? Student lah katakan. Stay up is a must, nak belajar kononnya, tapi hakikatnya leka main game. kuikui! 

Tanda² insomnia? Bila anda golek², baring² still tak dapat tidur, dan perkara ini berlaku hampir setiap malam, maka itulah tandanya. Kalau anda dah tidur, tapi asyik terbangun semula tanpa sebarang sebab yang munasabah, itu juga antara tanda² gejala insomnia.

Punca insomnia, menurut kajian aku, (pengalaman sebenar okay!) ia terjadi kerana terlalu banyak berfikir, nak tidur pun asyik fikir². Tapi aku tak tahu pun fikir pasal apa. Otak aku kuat berfikir pada malam hari. Bila siang, dia slow sikit. Kalau exam tengah malam, sure aku boleh jawab dengan senang hati! (Confident nya budak ni!)

Mungkin juga disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Terlalu stress, dan juga perasaan takut. hehe. Takut apa?? haaa..

How to cure? Jumpa doktor la, senang cerita! haha! Tapi kalau aku, aku amalkan minum susu + madu. Madu dikatakan boleh menenangkan perasaan. Then kalau tak dapat, bila dah baring, selalu kira². tak kiralah kira apa, sebab kira² boleh membuatkan aku mengantuk, kalau kelas math, memang aku dapat tidur dengan lena. haha! tapi, paling mujarab, berwuduklah anda sebelum tidur, ikut sunnah Nabi. Baca doa tidur, dan berselawat. InsyaAllah boleh tidur dengan lena.