12 November 2010

Indiepretasi : A Tribute to P. Ramlee

Siapa yang tak tahu akan Arwah Tan Sri P. Ramlee? Legend tu! Mustahil tak pernah tengok cerita arahan beliau! Beliau sangat berkebolehan dalam melakonkan watak yang universal, contohnya, pelawak, penyanyi, watak serius, pemarah, sedih, ah, memang versatil lah! Kalau kat tv ada replay P. Ramlee's movies, memang adik² aku melekat depan tv, walaupun dah pernah tengok. Takkan jemu dengan lawak jenaka dan lakonan mantap Arwah P. Ramlee dan rakan²nya.




Actually ini projek XFM & Astro sempena 'Bulan P. Ramlee'. Tak percaya? Tengok sendiri sini. heheh. Bukan apa, yang buat aku excited sangat sebab yang terlibat dalam projek ni hampir semuanya band² dan artis indie yang aku minat. Tu pasal la nama projek ni Indiepretasi kot, dimana hasil² karya P. Ramlee diberi nafas baru Indie style. Buat masa ni, diorang ada digital copy je, and di main kat corong² radio. Kalau ada buat physical album, sure aku beli punya. Sapa lagi nak support local artist kalau bukan kita sendiri kan? Sumpah bagi aku projek ni memang interesting sangat. Sekali dengar, nak dengar berkali². Anda juga boleh dengar sendiri, ada yang upload di Youtube. Trimasss sangaat. Yang bawah ni antara favorite aku.











banyak lagi clips yang korang boleh tengok kalau korang klik sini.


18 (kalau tak silap aku la, hihi!) teraju utama terlibat dalam pembikinan projek yang mantap ni. Aku support lah, sebab aku memang kagum dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, dan kagum lagi dengan artis² yang berusaha untuk membuat tribute ni. Best sangat². Salute! ♥

Dengar² kan X-fresh FM, kalau takde radio, boleh dengar online what?


Al-Fatihah