05 November 2010

aku mengaku aku bersalah

Ya! aku mengaku! minta maaf blog ku kerana aku telah mengabaikan dirimu, ini karena aku terlalu busy dengan urusan kerajaan. haha! sahabat handai pun dah banyak bertanya. and aku pun dah rinduuuu nak ber-blogging. *ceh!*

Hari ini, 5 November 2010, merangkap hari Hari Deepavali, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali untuk semua penganut agama Hindu. Majoriti colleagues kat tempat praktikal aku beragama Hindu, best lah! Tapi kena kerja jugak. Harap² adalah yang sudi bawa manisan ke tempat kerja. Sedap oo.. Juadah yang paling famous of course lah maruku. Favourite aku adalah Laddu! Ada banyak lagi, tapi aku tak tahu pulak nama nya. Ampun. haha!


Maruku best! 


Inilah Laddu! sedap & manis sangat²!

Selain itu, diorang ada buat Ranggoli. Ala, yang buat corak guna beras warna-warni tu. Tak tahu jugak? Ni contoh nya,


yang bawah ni favorite one ! haha


RASTA!! hahahaha

Memandangkan Deepavali juga merupakan Pesta Cahaya, mestila diorang ada elemen lantern @ pelita api. Baik punya!



Nice ain't it? Sikit je ni. Nanti aku snap banyak². Ni pun Google punya daa. haha!

According to their culture, pelita ni diorang nyalakan pada Deepavali's Eve. Kalau Hari Raya Aidilfitri nyalakan pelita kan. Best, cantik pulak aku tengok.

Aku nak share semua ni dengan kawan² yang ada di Bumi Kenyalang. Sharing is caring kan kan kan! ;)